WhatsApp Perkenal Ciri Melakukan Bancian Dan Undian Dalam Permesejan

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan beberapa ciri baharu pada aplikasi permesejan WhatsApp Messenger. Salah satu yang diumumkan adalah kebolehan melakukan bancian dan pengundian terus pada aplikasi permesejan tersebut.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses mendapatkan maklumbalas dalam sesuatu kumpulan.

Sebelum ini, kebiasaannya pengguna perlu memberikan maklumbalas dalam bentuk teks atau reaksi emoji. Dengan ciri baharu ini, ia memudahkan lagi proses mendapatkan maklumbalas – dan memperlihatkan keputusan secara masa-nyata kepada pengguna dalam sesuatu WhatsApp Groups.

Ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua dalam minggu-minggu akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami