Qualcomm Sasar Jualan Telefon Pada 2022 Adalah Lebih Rendah Daripada Jangkaan Awal

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm hari ini berkongsi sasaran dan ramalan mereka untuk tahun 2022, mengatakan jualan telefon pintar pada tahun 2022 ini adalah lebih rendah berbanding dengan jangkaan awal.

Seperti ramai sedia maklum, Qualcomm menyediakan cip pemprosesan untuk sejumlah pengeluar – dan dengan pergerakkan pasaran yang perlahan, ia juga turut memberikan kesan kepada perniagaan mereka.

Qualcomm menyasarkan kemungkinan berlaku kemerosotan jualan telefon pada 2022 ini sehingga mencapai peratusan dua digit.

Pengurangan ini adalah disebabkan beberapa faktor, termasuk disebabkan keadaan ekonomi yang kurang stabil, membuatkan pengguna kurang berbelanja untuk menukar peranti.

komen


© Amanz / 2023 Kami