Carian
Binance Bekerjasama Dengan MYDIN Untuk Membantu Masyarakat Rentan
November 3, 2022 Aman

Binance melalui Binance Charity kini mengumumkan kerjasama dengan pihak pasaraya MYDIN untuk membantu dan menyediakan sokongan kemanusian untuk masyarakat rentan luar bandar.

Melalui kerjasama ini, pihak MYDIN akan menyediakan sejumlah sumbangan bekalan kecemasan kepada mereka yang memerlukan – terutamanya yang terjejas disebabkan oleh pandemik dan bencana banjir.

Binance Charity akan melakukan sumbangan menggunakan kriptowang BUSD yang ditambat ke matawang USD kepada pihak MYDIN dibawah program MYDIN Prihatin.

MYDIN Prihatin akan menggunakan sumbangan tersebut dalam membeli barangan keperluan untuk golongan kurang bernasib baik.

Komen