Carian
Apple Kini Bernilai Lebih Tinggi Daripada Gabungan Nilai Google Dan Meta
November 3, 2022 Aman

Apple kini terus mencatatkan rekod, dimana nilai syarikat melangkaui $2 trilion – sekaligus menjadikannya antara syarikat yang bernilai tinggi di dunia.

Ketika artikel ini ditulis, Apple membawa kepada nilai permodalan berjumlah $2.23 trilion. Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding nilai syarikat-syarikat teknologi yang lain.

Alphabet, iaitu syarikat induk Google bernilai sekitar $1.11 trilion, sementara Meta pula adalah sekitar $236 bilion. Ini sekaligus memperlihatkan, gabungan kedua-dua syarikat Alphabet dan Meta juga tidak mencapai nilai semasa Apple.

Akhir-akhir ini, pelbagai syarikat teknologi terkesan harga saham disebabkan pendapatan yang berkurangan disebabkan oleh pengurangan perbelanjaan pengiklanan. Namun, Apple baru-baru ini mencatatkan penjualan yang agak baik berbanding pengeluar lain, membuatkan harga sahamnya tidak begitu terjejas.

Komen