Rolex Menghasilkan Jam Tangan Yang Boleh Dibawa Menyelam Sehingga Kedalaman 11,000 Meter

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan pintar Apple Watch Ultra boleh dibawa menyelam sehingga 40 meter. Tetapi jam tangan Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge yang dilancarkan semalam kini memegang rekod dunia boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 11,000 meter. Ini membolehkan ia di bawa ke permukaan Jurang Mariana dengan kedalaman 11,034 meter.

Untuk memastikan ketahanan, jam mempunyai tubuh yang diperbuat daripada titanium. Untuk pertama kali dalam sejarah, Rolex menggunakan logam eksotik ini sebagai tubuh jam. Kaca nilam setelah 9.5mm pula digunakan pada muka jam bagi membolehkan ia menahan tekanan yang tinggi. Tubuh jam pula sebesar 50mm dengan ketebalan maksimum 23mm. Oleh sebab itu ia sebenarnya boleh dibawa menyelam sehingga 15,000 meter sekiranya perlu.

Jam tangan ini dihasilkan selepas mengambil data daripada jam prototaip yang dibawa oleh James Cameron sehingga kedalaman 10,908 meter pada tahun 2012 bagi mencatatkan rekod dunia di Jurang Mariana. Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge dijual pada harga $26,000 (~RM124,000) seutas.

komen


© Amanz / 2022 Kami