Garmin menjadualkan Acara Pengenalan Produk Baharu Pada 8 November

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin sedia terkenal dengan penawaran pelbagai peranti boleh pakai dan aksesori yang berkualiti. Terkini nampaknya jenama ini mempunyai sesuatu isitimewa lagi buat peminat setia apabila dilihat telah menjadualkan sebuah acara pelancaran yang akan berlangsung pada 8 November ini.

Kemaskini di Twitter bagaimanapun tidak memberi apa-apa bayangan mengenai produk yang bakal diumumkan. Tetapi mengikut jangkaan awal, Garmin besar kemungkinan hadir dengan pengumuman baharu untuk Instinct Crossover yang pernah tertiris sebelum ini. Bukan itu sahaja, jenama ini juga dijangka mengumumkan sejumlah produk lain.

Tapi, anda harus ingat ini hanyalah jangkaan awal sahaja, masih belum diketahui benar atau tidak. Pendek kata, kita boleh anggap perkongsian ini sebagai ura-ura terlebih dahulu buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami