Twitter Mula Memecat Sehingga 50% Kakitangan Hari Ini

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dilaporkan semalam, Twitter memulakan proses pengurangan tenaga kerja mereka hari ini. Kakitangan Twitter akan menerima emel dari jabatan sumber manusia selewat-lewatnya 12 malam ini waktu Malaysia mengesahkan status pekerjaan mereka.

Menurut laporan The Washington Post, sehingga 50% daripada 7500 kakitangan Twitter akan dibuang. Di media sosial bekas kakitangan sudahpun mengesahkan mereka menerima notis dan tidak lagi boleh mengakses emel dan saluran Slack kerja. Ini dilihat sebagai langkah pengurangan kos drastik oleh Twitter selepa diambil alih oleh Elon Musk.

Sepanjang hari Jumaat ini ibu pejabat Twitter akan ditutup dengan kakitangan diminta bekerja dari rumah atas sebab-sebab keselamatan. Kakitangan juga diingatkan supaya tidak memberikan berkongsi rahsia syarikat di media sosial dan pihak media.

komen


© Amanz / 2022 Kami