Huawei MatePad SE 10.4″ Versi WiFi Ditawarkan Di Malaysia Bermula 5 November

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MatePad SE 10.4″ SE telah dilancarkan secara rasmi dengan ciri dan fungsi yang memfokuskan kegunaan asas dan berhibur. Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam dua variasi iaitu LTE dan WiFi pada harga RM999.

Ketersediaan pembelian adalah bermula 5 November untuk variasi WiFi (4GB/128GB) dengan Folio Cover (bernilai RM129) dan ganjaran eksklusif HMS (bernilai RM200) yang diberikan secara percuma. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk pembelian yang dibuat sehingga 30 November sahaja. Sementara itu, Huawei MatePad SE 10.4″ versi LTE (4GB/64GB) pula akan datang pada bulan Disember 2022.

Huawei MatePad SE 10.4″ dilengkapi skrin 10.4-inci IPS LCD beresolusi 2K dan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 5100mAh.

Konfigurasi kamera utama adalah 5MP dengan kebolehan merakam video mencapai FHD 1080P. Kamera swafoto pula sebesar 2MP, di samping turut memuatkan sokongan bluetooth 5.0, port USB-C, dwi-pembesar suara dengan audio Huawei Histen 8.0 dan menjalankan HarmonyOS 3.0.

komen


© Amanz / 2022 Kami