Google Search Kini Memaparkan Butang Khusus Untuk Carian Google Lens

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dari dahulu untuk melakukan carian imej, pengguna perlu pergi ke Images.Google.com. Pada muka depan Google.com pula, carian dalam bentuk teks sahaja boleh dilakukan. Tetapi minggu akhirnya integrasi Google Lens akhirnya diberikan pada Google Search.

Jika pengguna melawat Google.com hari ini, terdapat butang Google Lens bersebelahan ikon mikrofon untuk carian menggunakan suara. Apabila ikon Google Lens ditekan, pengguna boleh memuat naik imej yang ingin dicari atau menampak URL untuk imej yang ingin dicari.

Secara lalai keputusan carian akan menunjukkan imej yang hampir serupa. Jika pengguna ingin mencari imej yang sama bagi mencari sumber atau dalam saiz yang lebih besar sebuah lagi butang perlu ditekan di bahagian atas. Ciri ini boleh digunakan sekarang oleh pengguna global.

komen


© Amanz / 2022 Kami