Aplikasi Cereka Menawarkan Langganan Untuk Novel Pada Harga RM4.90 Sebulan

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan akses kandungan tanpa had dalam bentuk langganan – seumpama Netflix. Terbaru, salah satu aplikasi tempatan yang hadir ke pasaran adalah Cereka (masih pada peringkat beta).

Cereka memfokuskan kepada bahan bacaan berbentuk novel, cerpen dan juga certot (cerita kontot). Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone buat masa ini, dan sedang dipertimbangkan untuk diperluaskan ke Huawei AppGallery.

Melalui Cereka, pengguna boleh mengakses kandungan berbentuk cerpen dan certot secara percuma, tetapi perlu melanggan Cereka Pro pada harga RM4.90 sebulan untuk mengakses sejumlah novel daripada penerbit seperti Iman Publication, Buku Fixi dan juga Hilal Asyraf Resources.

Menurut pembangunnya juga, mereka dalam proses untuk terus menambah koleksi buku daripada penerbit-penerbit lain secara berperingkat ke Cereka.

Buat masa ini, ia diperkenalkan pada fasa beta. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Cereka di Google Play Store dan Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun Cereka di Android
Muat-Turun Cereka di iPhone

komen


© Amanz / 2022 Kami