Samsung yang sedia menawarkan beberapa peranti dengan skrin boleh-lipat di pasaran pada hari ini. Walaupun mendominasi pasaran peranti dengan skrin boleh-lipat pada hari ini, namun Samsung turut dilihat berjaga-jaga dengan pesaing yang bakal menyertai arena sama – terutamanya Apple.
Melalui laporan dari Korea Selatan, Samsung telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dengan pihak pengeluar komponen, dan menyasarkan Apple memperkenalkan peranti menggunakan skrin boleh-lupat seawal 2024 kelak.
Menariknya, ia dikatakan peranti pertama Apple mungkin bukan iPhone boleh-lipat, sebaliknya sebuah tablet atau komputer riba.
Perkongsian terbaru ini selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan Apple akan hadir dengan iPad boleh-lipat sekitar 2025 kelak.
Ia agak menarik untuk melihat pelbagai pihak sedang melihat kepada arena telefon dengan skrin boleh-lipat ini, dan semestinya semua menantikan rekaan peranti yang bakal ditawarkan Apple kelak.