Twitter Kerugian Lebih $4 Juta Setiap Hari – Membuatkan Elon Musk Kurangkan Sejumlah Pekerja

Diterbitkan pada Nov 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk mengatakan beliau terpaksa melakukan pengurangan angka pekerja yang tinggi pada perkhidmatan media sosial Twitter, disebabkan oleh perbelanjaan yang tinggi pada syarikat tersebut.

Menurut Elon Musk, Twitter mengalami kerugian sekitar $4 juta setiap hari – sekaligus membuatkan beliau tiada pilihan, dan terpaksa mengurangkan angka pekerja.

Elon Musk turut menekankan yang mana Twitter menawarkan pampasan selama 3 bulan kepada mereka yang dibuang kerja.

Selain daripada itu, Elon Musk turut sedang melihat kepada menghasilkan beberapa kaedah menjana pendapatan baharu – termasuk memfokuskan kepada pendapatan melalui langganan Twitter Blue.

komen


© Amanz / 2022 Kami