WhatsApp Menambah Ciri Menjana Avatar Dan Hasilkan Pelakat Yang Diperibadikan

Diterbitkan pada Nov 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini dilihat telah menambah salah satu ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka, iaitu kebolehan menjana avatar terus pada aplikasi WhatsApp.

Untuk menjananya, pengguna hanya perlu ke halaman tetapan, dan seterusnya memilih menu avatar. Pengguna kemudiannya akan perlu merekabentuk avatar mereka, termasuk memilih warna kulit, rekaan wajah, dan sebagainya sebelum menjana avatar tersendiri.

Penghasilan avatar ini kemudiannya akan membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai gambar profil, dan disamping itu turut menjana pelekat (stickers) untuk digunakan dalam permesejan.

Langkah ini akan menjadikan sesuatu permesejan itu lebih diperibadikan dengan reaksi menggunakan avatar seumpama anda.

Ciri ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami