Cari @ Amanz

Apple pada hari ini sedia menawarkan pembantu maya tersendiri, dinamakan Siri – dimana ia beroperasi berasaskan kepada arahan suara. Untuk mengaktifkannya pada hari ini, pengguna perlu menyebut “Hey Siri” dan diikuti oleh arahan seterusnya.

Perkara ini dilihat mungkin memakan proses agak lama, dan kini Apple dilaporkan sedang pertimbang untuk mengurangkan ia kepada hanya perlu menyebut “Siri” dan diikuti arahan sahaja.

Perubahan ini dijangka akan melibatkan pelbagai proses pembelajaran dan latihan untuk kecerdasan buatan. Apple telah memulakan proses pembangunannya, dan menyasarkan untuk memperkenalkan ia sekitar tahun hadapan atau pada 2024 kelak.

Salah satu cabaran yang turut dijangka perlu diatasi adalah sebutan dalam pelbagai dialek berbeza oleh pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd