Twitter Terpaksa Mengambil Semula Pekerja Yang Dipecat Bagi Meneruskan Operasi
Effi Saharudin
Jumaat lalu ribuan kakitangan Twitter dibuang kerja menerusi emel yang dihantar secara pukal. Berdasarkan beberapa laporan media barat majoriti yang dibuang adalah dari bahagian keselamatan, hak asasi manusia, jualan, moderasi kandungan dan kawalan kualiti aplikasi.

Tidak sampai seminggu, beberapa kakitangan yang dibuang kerja kini diminta supaya kembali ke pejabat selepas kepakaran mereka diperlukan bagi meneruskan operasi laman menurut laporan Bloomberg. Beberapa dozen kakitangan ini diperlukan bagi membangunkan ciri yang diminta oleh Elon Musk. Muncul juga laporan mereka antara yang telah dibuang kerja secara tidak sengaja.
Era Elon Musk tidak bermula dengan baik dengan beliau menyalahkan pengiklanan yang berkurangan sebagai sebab mengapa kakitangan perlu dibuang. Beliau juga baru menyedari Twitter kerugian $4 juta sehari dalam kos operasi.
[sumber] Sumber – Bloomberg [/sumber]