Akaun Twitter Kini Akan Digantung Kekal Serta Merta Jika Menyamar Sebagai Orang Lain
Effi Saharudin
Selamat datang ke era Twitter Elon Musk yang setakat ini seperti penghujung filem Titanic. Sejurus selepas mengambil alih Twitter, memecat barisan pengurusan tertinggi dan membuang separuh tengah kerja Musk berkata ciri pengesanan identiti Twitter Verified akan diberikan kepada sesiapa yang membaca $8 untuk Twitter Blue.

Bagi mengajar Musk bahawa ini adalah tindakan yang kurang bijak, beberapa akaun dengan calitan biru mengubah nama menjadi Elon Musk dan menghantar ciapan berbentuk komedi yang menghina beliau. Awal pagi tadi Musk menghantar siri ciapan yang kini mengatakan akaun yang menyamar sebagai orang lain tanpa mengatakan ia adalah akaun parodi akan digantung selama-lamanya secara serta merta.
Musk juga berkata selepas ini pengguna dengan calit biru Verified turut akan kehilangan pengesahan untuk sementara waktu sekiranya nama ditukar. Sebelum ini pengguna yang menerima pengesahan hanya tidak dibenarkan menukar nama akaun.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.