Meta Pula Akan Membuang Ribuan Pekerja Minggu Ini

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas Twitter minggu lalu, Facebook pula dilaporkan akan mula membuang ribuan tenaga kerja seawal minggu ini. Menurut laporan WSJ, tindakan diambil seawal Rabu ini dengan ia adalah kali pertama dalam syarikat pengurangan tenaga kerja dalam skala besar dilakukan.

Meta mempunyai lebih 87,000 kakitangan pada penghujung September 2022. Pengurangan tenaga kerja adalah antara langkah yang diambil bagi mengurangkan kos operasi sehingga 10% setiap bulan yang diumumkan oleh Zuckerberg sebelum ini.

Meta

Nilai saham syarikat menjunam lebih 70% sejak Facebook mengubah nama syarikat ke Meta dengan tumpuan diberikan kepada Metamesta dan bukan sekadar media sosial. Pendapatan dan jumlah pengguna juga berkurangan sejak akhir-akhir ini kerana halangan ATT pada peranti iOS serta cabaran dari TikTok.

Tindakan Meta mengurangkan tenaga kerja ini sudah bole dijangka dengan syarikat teknologi utama dunia yang lain membekukan terus penambahan kakitangan kerana dunia diramalkan mengalami kemelesetan tahun hadapan.

komen


© Amanz / 2023 Kami