Telegram Memperkenalkan Sokongan “Topik” Pada Telegram Groups

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram kini memperkenalkan kemaskini baharu pada aplikasi permesejan tersebut, menambah ciri Topics dalam Telegram Groups.

Dengan langkah ini, sesuatu Telegram Groups dengan lebih 200 ahli boleh aktifkan ciri “Topik”.

“Topik” membawa kepada ciri pembahagian perbualan dalam Group – sekaligus menjadikan sesuatu perbualan lebih tersusun dan tidak terlalu mencapah. Seseorang ahli dalam kumpulan Group berkenaan boleh menyertai sesuatu Topik dengan mudah, tanpa masalah.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan oleh Telegram melalui kemaskini terbaru di Android dan iPhone.

komen


© Amanz / 2022 Kami