Pengeluaran iPhone 14 Pro Dam 14 Pro Akan Lebih Rendah Kerana Covid Di Kilang Foxconn

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. oleh .

Minggu lalu tular video pekerja kilang Foxconn di di Zhengzhou cuba melarikan dari dikenakan perintah kawalan pergerakan oleh pihak berkuasa China. Akibatnya sekarang kilang Foxconn mengalami kekurangan pekerja. Apple hari ini telah mengesahkan pengeluaran iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan terjejas akibat polisi Covid sifar yang digunakan di China.

Apple berkata kerana permintaan yang tinggi untuk kedua-dua model ini, tempoh menanti oleh membeli peranti akan menjadi lebih panjang berbanding 3-4 minggu pada waktu ini. Mereka sedang melakukan perbincangan dengan pembekal untuk menyelesaikan isu ini.

Model 14 Pro dan 14 Pro Max lebih mendapat perhatian tahun ini kerana iPhone 14 dan 14 Plus mengitar semula cip iPhone 13 tahun lalu. Sekiranya anda ingin membeli iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max sebelum penghujung tahun, pesanan perlu dilakukan sekarang.

komen


© Amanz / 2023 Kami