Pelan Asas Netflix Dengan Iklan Tidak Menyokong Chromecast, PlayStation 3 Dan Apple TV

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelan asas Netflix di Malaysia kini menyokong penstriman pada resolusi 720p dengan harga RM35 sebulan. Pelan ini tiada had peranti, bermakna mereka yang melanggan boleh mengakses Netflix pada mana-mana peranti yang menyokong aplikasi penstriman video ini.

Berbeza dengan pelan asas dengan iklan yang buat masa ini masih belum ditawarkan di Malaysia. Pelan ini, agak aneh kerana ia tidak boleh diakses pada semua platform. Netflix menyatakan pelan ini tidak boleh digunakan pada PlayStation 3, mana-mana peranti Apple TV dan untuk siaran melalui Chromecast ia hanya boleh dilakukan melalui Chromecast with Google TV.

Platform lain seperti telefon pintar, televisyen pintar, Android/Google TV, PlayStation 4/5, Xbox dan lain-lain tiada masalah untuk mengakses ciri ini. Di Amerika Syarikat, pelan asas dengan iklan perlu dilanggan secara bulanan pada harga $6.99 iaitu sekitar RM33. Ini harga yang lebih kurang di Malaysia untuk pelan asas 720p – jadi kita perlu bersyukur yang Netflix tidak memaparkan iklan dan mengehadkan akses pada platform tertentu.

komen


© Amanz / 2022 Kami