Carian
Kelak Petal Maps Akan Menyokong Paparan Peta Secara 3D
November 7, 2022 Effi Saharudin

Apple Map dan Google Maps mempunyai mod 3D yang membolehkan bangunan, jalan raya, pokok dan topografi dilihat secara tiga dimensi. Mod ini amat berguna untuk pengguna melihat sendiri keadaan sesuatu kawasan sebelum melakukan lawatan. Petal Maps yang merupakan sistem pemetaan kenderi Huawei kelak akan mempunyai ciri yang sama.

Richard Yu, presiden perniagaan peranti mudah alih Huawei mengumumkan Petal Maps 3D sedang dibangunkan syarikat. Peta 3D seluas 5 kilometer persegi boleh dijana oleh sistem Huawei dalam masa hanya 30 minit. Dalam video demo yang dikongsi, keseluruhan kampus Huawei di Dongguan semula secara 3D dalam Petal Maps.

Selain bahagian luar, peta turut menyokong pemetaan ruangan 3D dalam bangunan serta menunjukkan keadaan cuaca seperti yang diperkenalkan di Google Maps baru-baru ini. Ciri ini akan diberikan kepada pengguna di China terlebih dahulu.

Komen