Ciri “Verified” Pada Twitter Blue Hanya Disokong Di AS, UK, Kanada, New Zealand Dan Kanada

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Elon Musk mengambil-alih Twitter, pelbagai ciri baharu diumumkan akan ditawarkan pada platform media sosial ini. Antaranya adalah lampiran teks panjang, DM berbayar untuk selebriti menjana pendapatan, ciri video berbayar, butang edit kepada semua pengguna, ciri Verified melalui Twitter Blue dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah melalui langganan Twitter Blue dengan harga baharu iaitu $7.99 sebulan.

Semalam, aplikasi Twitter di iOS mula menerima kemaskini sebagai persediaan untuk akses Twitter Blue baharu. Dalam versi 9.34.3, log perubahan yang disenaraikan adalah harga baharu Twitter Blue, kehadiran ciri Blue checkmark, separuh iklan daripada biasa, memuat naik video panjang, keutamaan pada membalas ciapan, mentions, dan kurang diserang oleh bot.

Twitter turut menyenaraikan yang ciri Verified iaitu hanya akan disokong di negara Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan UK sahaja buat masa ini. Dalam kemaskini ini, semua ciri ini masih belum boleh diakses dan masih lagi di peringkat ujian. Harga langganan pun masih lagi $4.99 atau RM22.90 di Malaysia. Harga baharu akan datang mungkin akan mencapai lebih RM38.

komen


© Amanz / 2022 Kami