Honor Akan Melancarkan Peranti Mercu Pada 23 November – Mungkin Magic5
November 7, 2022
Honor
Effi Saharudin
Honor menjadualkan acara pelancaran produk mercu mereka pada 23 November hadapan.Ini pastinya tarikh Honor Magic5 akan dilancarkan kepada umum kerana inilah satu-satunya siri telefon pintar mercu yang ditawarkan mereka.

Peranti dijangka menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Qualcomm pada acara mereka pada 15-17 November hadapan. Seperti Magic4, Magic5 pasti akan membawakan prestasi kamera yang baik dipadankan dengan cip yang berkuasa. Spesifikasi penuh pastinya akan didedahkan lama masa sekitar dua minggu sahaja lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.