Kini, Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Untuk Pembayaran Di China

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital TNG di China.

Langkah ini dijayakan TNG eWallet melalui integrasi dan kerjasama Alipay+.

Pengenalan ini sekaligus menjadikan TNG eWallet sebagai dompet digital pertama dari Malaysia yang disokong untuk pembayaran di China.

TNG eWallet mengatakan pengguna boleh menikmati kaedah penggunaan sama seperti di Malaysia – dimana hanya perlu mengimbas kod QR Alipay+ dan melakukan pembayaran.

Selain China, kod QR Alipay+ turut disokong di beberapa negara lain, termasuk Jepun, Korea Selatan, dan Singapura.

komen


© Amanz / 2022 Kami