Samsung Berjaya Mencapai Kelajuan 1.75Gbps Pada Jarak 10km Guna 5G mmWave

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. oleh .

Samsung kini mengumumkan pencapaian terbaru mereka, membolehkan penghantaran data pada jarak 10 kilometer menggunakan teknologi 5G mmWave.

Rekod baharu ini adalah rekod jarak paling jauh dicapai untuk penggunaan teknologi 5G mmWave FWA 28GHz yang telah direkodkan oleh Samsung setakat ini.

Pada jarak 10 kilometer ini, Samsung berjaya mencapai kelajuan muat-turun 1.75Gbps, dan muat-naik 61.5Mbps. Samsung menjayakan ia melalui penggunaan lapan komponen penghantar (8CC) meliputi spektrum mmWave 800MHz.

Pada kemuncaknya, Samsung berjaya merekodkan kadar pemindahan mencapai 2.8Gbps pada jarak 10 kilometer.

Dengan pencapaian ini, ia turut memperlihatkan keupayaan peralatan Samsung, disamping memperlihatkan yang mana 5G mmWave boleh digunakan pada jarak jauh dan pada kawasan berketumpatan tinggi.

komen


© Amanz / 2023 Kami