Signal Memperkenalkan Ciri Stories Untuk Semua Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Signal, salah satu aplikasi permesejan yang memfokuskan kepada sekuriti dan penyulitan penuh, kini memperkenalkan ciri Stories secara rasminya kepada pengguna di Android dan iOS.

Seperti ramai sedia maklum, ciri Stories sedia diintegrasikan pada pelbagai platform, dan kini Signal menjadi yang terbaru menambahnya.

Pengguna boleh berkongsi pelbagai perkembangan semasa mereka melalui Signal Stories, dan seterusnya ia akan hilang dalam tempoh 24 jam – seperti pada platform lain.

Menariknya, Signal turut memberikan keupayaan untuk pengguna mematikan ciri ini – dan tidak akan melihat atau menerbitkan sebarang Stories pada platform tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Signal versi terbaru, dan menikmati ciri Stories ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami