YouTube Shorts Kini Boleh Ditonton Di Aplikasi TV, Konsol Dan Chromecast

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Video YouTube Shorts kini boleh ditonton menerusi aplikasi YouTube di TV, konsol permainan video dan Chromecast. Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada pelanggan Premium yang memilih untuk mencuba ciri yang belum diberikan kepada semua. Menerusi ciri ini, tiada lagi isu video yang sedang ditonton perlu dihentikan terlebih dahulu kerana ia hanya boleh ditonton pada telefon pintar.

Sebelum ciri ini diberikan kepada semua, YouTube melakukan tiga ujian ataramuka. Rekaan akhir yang digunakan dipilih kerana ia tidak menghalang video yang ditonton dan menggunakan ruang dengan lebih baik. Pada waktu ini ciri ini hanya boleh digunakan pada aplikasi YouTube pada televisyen yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan ke atas sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami