Qualcomm ‘Hamoa’ Dijangka Menjadi Pencabar Apple Silicon Menjelang 2024
Nazrin
Tidak lama selepas Apple memperkenalkan siri cip pemprosesan Apple Silicon mereka melalui Apple M1, Qualcomm telah mengambilalih syarikat pembuat cip tersebut, iaitu Nuvia. Pengambilalihan ini dilihat sebagai satu cara untuk Qualcomm mengekalkan posisi mereka sebagai salah satu daripada jenama cip terhebat di pasaran sekarang.
Terkini, ia dilaporkan bahawa Qualcomm sedang membangunkan sebuah cip pemprosesan ARM yang diberikan kod nama ‘Hamoa’. Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai cip pemprosesan tersebut buat masa ini, tetapi peniris teknologi Kuba Wojciechowski mengatakan bahawa cip pemprosesan ini akan hadir dengan 12 teras fizikal yang terdiri daripada lapan teras prestasi dan empat teras cekap.

Cip pemprosesan ‘Hamoa’ ini menariknya dijangka tampil untuk peranti kelas komputer desktop, dan bukan komputer riba. Sama seperti cip pemprosesan Apple M1, ia dilihat akan hadir dengan konfigurasi binaan memori terbina, dan cip pemprosesan grafik terbina.
Setakat ini, prestasi cip pemprosesan ini tidak diketahui lagi, tetapi melihat kepada betapa hebatnya cip Apple M1 beroperasi untuk komputer riba Apple MacBook, cip pemprosesan ini yang dijangka akan digunakan untuk menggerakkan sistem operasi Windows for ARM akan memperlihatkan prestasi yang sama taraf dengan komponen keluaran Apple.
[sumber]Windows Central[/sumber]