Tekanan kos sara hidup serta ekonomi yang terumbang-ambing memaksa pengguna untuk menghentikan langganan beberapa perkhidmatan. Ini tidak dibantu oleh langganan perkhidmatan lain telah dinaikkan sejak akhir-akhir ini. Di Amerika Syarikat, pelan dengan sokongan iklan dengan bayaran langganan lebih rendah $7.99 akan ditawarkan bermula 8 Disember.
Bagi yang ingin melakukan penjimatan, langganan selama setahun pula adalah $80. Pelan ini ditawarkan sebagai pesaing kepada pelan yang ditawarkan oleh Netflix yang juga dengan sokongan iklan. Setakat ini pelan dengan sokongan iklan masih belum ditawarkan di Malaysia oleh Disney+ Hotstar dan Netflix.