Lenovo Akan Melancarkan Yoga Paper – Tablet Skrin E-Ink Sebesar 10.3”

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan, baru-baru ini semakin banyak pula tablet e-ink mula ditawarkan kepada pengguna. Terbaharu, Lenovo turut akan melancarkan tablet e-Ink dikenali sebagai Yoga Paper. Ia juga telah diacah menerusi salah satu kemas kini di Weibo, namun tarikh pelancaran khusus masih tidak didedahkan.

Yoga Paper dikatakan hadir dengan skrin sebesar 10.3-inci dengan teknologi pencahayaan semula jadi bagi tujuan pengalaman membaca serta menulis yang baik. Skrin adalah sejenis rata dengan saiz bezel yang tidak sekata, di mana salah satu daripadanya kelihatan agak tebal berbanding yang lain.

Selain daripada itu, Lenovo juga mengesahkan tablet ini akan dilengkapi dengan stylus tersendiri yang dijangka boleh melekat secara magnetik pada ruangan khusus yang disediakan. Tidak ketinggalan, tablet juga dikatakan menyokong kebolehan kandungan yang boleh diselaraskan merentas pelbagai platform.

Setakat ini, spesifikasi selebihnya masih menjadi misteri. Lenovo juga masih belum mendedahkan tarikh pelancaran khusus secara terbuka. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berhubung produk daripada Lenovo ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami