Pelancaran Kaca Mata AR Apple Ditangguhkan Ke 2025 Kerana Isu Kualiti

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kaca mata realiti terimbuh Apple diramalkan akan dijual bermula awal 2023. Ia dilihat sebagai usaha paling serius dari Apple untuk menawarkan peranti untuk dunia metamesta bagi memberikan persaingan kepada Meta. Tetapi kini muncul laporan ia akan ditangguhkan ke 2025 dan selewat-lewatnya 2026.

Apple Glass Set Kepala Realiti Terimbuh

Ini adalah menurut ramalan penganalisa Jeff Pu dari Haitong International Tech Research. Isu kualiti masih belum dapat diselesaikan oleh Apple pada waktu ini menyebabkan penangguhan. Selepas Air Power dibatalkan beberapa tahun yang lalu selepas isu kualiti tidak berjaya diselesaikan, Apple tidak boleh membiarkan sebuah lagi produk diumumkan sebelum ia benar-benar sedia.

Realiti terimbuh akan menjadi asas kepada dunia metamesta dengan hampir kesemua syarikat teknologi merancang melancarkan peranti mereka sendiri dalam masa terdekat. Setakat ini beberapa usaha awal masih belum menunjukkan kejayaan kerana kos peranti yang tinggi dan grafik yang kurang menyerlah.

komen


© Amanz / 2023 Kami