Cari @ Amanz

Digi hari ini berkongsi mengatakan para pelanggan mereka boleh menggunakan perkhidmatan 5G bermula 10 November 2022 kelak.

Walaubagaimanapun, untuk permulaan, Digi hanya tawarkan ia kepada pengguna pascabayar sahaja. Digi mengatakan pengguna Digi Postpaid 90, 120, 150 dan Family Unlimited 200, tanpa sebarang cas tambahan.

Digi mengatakan pengguna perlu mendapatkan pas “5G Speed Booster” sebelum dapat menikmati rangkaian 5G ini. Langkah ini boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Digi akan menawarkan sokongan rangkaian 5G kepada para pengguna prabayar mereka. Digi mengatakan mereka akan memperluaskan ia secara berperingkat meliputi pelbagai pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd