Carian
McDonald’s Memperlihatkan Kerusi Gaming Dengan Pemanas Makanan Terbina
November 8, 2022 Nazrin

McDonald’s di United Kingdom baru-baru ini telah memperlihatkan hadiah utama untuk pertandingan terbaru mereka bersempena pengenalan menu burger McCrispy untuk pasaran tersebut. Ia merupakan sebuah kerusi gaming yang hadir dengan pemegang dan juga pemanas makanan terbina.

Kerusi gaming ini hadir dengan rekaan berwarna kuning dan hitam dengan nama McCrispy ditulis di bahagian tempat duduk tersebut. Selain daripada rekaan kerusi gaming yang biasa diperlihatkan, bahagian kanan dan kiri kerusi ini hadir dengan tempat untuk meletakkan kentang goreng dan bekas sos, dan juga kotak pemanas makanan. Ia juga hadir dengan tuala untuk mengelap tangan yang boleh digunakan untuk membersihkan jari-jari sebelum sambung bermain permainan.

Menariknya, ia dilaporkan bahawa hanya satu kerusi gaming McDonald’s ini yang akan diberikan, walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa McDonald’s membangunkan empat kerusi gaming ini.

Seperti yang dikatakan, pemberian kerusi gaming ini hanya terhad kepada pasaran United Kingdom sahaja, dan tiada tanda harga yang diletakkan keatas kerusi ini.

Komen