MediaTek Dimensity 9200 Kini Rasmi Dengan CPU Cortex-X3 Dan GPU Mali-G715 Immortalis

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip MediaTek Dimensity 9200 telah diumumkan sebentar tadi dengan ia merupakan cip paling mercu dar mereka setakat ini. Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm TSMC serta dilengkapi 1x CPU ARM Cortex-X3 3.05GHz, 3x CPU ARM Cortex-A715 2.85GHz dan 4x CPU ARM Cortex-A510 1.8GHz.

Ini kemudiannya dipadankan pula dengan GPU Arm Mali-G715 Immortalis MC11 dengan ciri Ray-Tracing pada perkakasan. Resolusi yang boleh disokong pula ialah FHD+ 240Hz dan WQHD 44Hz. Menerusi modem Helio M8, ia boleh menggunakan rangkaian 5G sub-6Ghz dan juga mmWave. Peranti dengan cip ini juga boleh menikmati rangkaian WiFi 7.

Dari segi prestasi pula ia memberikan peningkatan sehingga 12% dalam ujian satu teras dan 10% dalam ujian multi-teras GeekBench 5 berbanding Dimensity 9000. Yang belum dikongsi ialah sistem kamera apakah yang boleh digunakan. Peranti pertama dengan Dimensity 9200 akan dipasarkan menjelang penghujung 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami