Imej Sebenar Vivo X90 Pro+ Dengan Kemasan Kulit Tertiris

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo X90 Pro+ dijangka menjadi salah satu model kemaskini untuk rangkaian peranti berspesifikasi mercu daripada Vivo. Pelbagai desas-desus mengenainya sudahpun kedengaran walaupun ia masih di peringkat spekulasi awal setakat ini. Misalnya seperti penggunaan sensor 1-inci, cip ISP V2, cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dan storan dalaman pantas UFS 4.0. Vivo X90 Pro+

Paling terkini, giliran reka bentuk Vivo X90 Pro+ pula diperlihatkan dalam beberapa imej sebenar yang tular. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai pilihan dengan kemasan berkulit serba merah yang serupa dengan sebuah Vivo X Fold+ sebelum ini. Kemasan ini dilihat menghiasi keseluruhan panel belakang peranti yang turut dilengkapi dengan modul kamera berbentuk bulat. Tetapi masih tidak jelas mengenai bilangan sensor padanya.

Turut kelihatan terdapatnya satu jalur berwarna hitam dengan penjenamaan bersama Vivo dan Zeiss, sekaligus mendedahkan peranti ini turut mendapat kerjasama daripada syarikat terkemuka berkenaan untuk kebolehan sistem pengimejannya. LED Flash berbentuk memanjang turut sama melengkapi panel belakang peranti.

Pun begitu, maklumat yang dikongsi ini masih tidak dapat disahkan kesahihannya dan ada kemungkinan juga terdapat perubahan apabila ia dilancarkan kelak. Tiada tarikh pelancaran khusus untuk peranti yang didedahkan setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami