Cari @ Amanz

Zoom merupakan salah satu perkhidmatan yang tidak asing lagi dalam penawaran perkhidmatan panggilan video. Selepas meningkat populariti ketika musim Bekerja Dari Rumah disebabkan Covid-19 sebelum ini, kini Zoom memperluaskan penawaran mereka meliputi beberapa perkhidmatan baharu.

Hari ini, Zoom memperkenalkan dua perkhidmatan memfokuskan organisasi dan perusahaan, iaitu Zoom Mail dan juga Zoom Calendar.

Dengan penawaran ini, Zoom menyasarkan kemudahan setempat untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan juga menjadualkan mesyuarat bersama yang lain.

Zoom turut menyatakan perkhidmatan mereka menawarkan perlindungan privasi yang baik, termasuk penyulitan E2E penuh. Pelanggan juga akan disediakan dengan pilihan alamat emel dengan akhiran @zmail.com.

Dengan langkah ini, Zoom kini bersaing dengan Microsoft dan Google melalui penawaran ini. Bagi anda, adakah anda akan beralih kepada penawaran Zoom ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd