Twitter Memperkenalkan Label “Official” Pula Untuk Akaun Ahli Politik, Media Dan Jenama

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter akan membenarkan semua pengguna Twitter Blue mempunyai calit biru yang mengesahkan identiti mereka dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pengguna yang mempunyai calit biru sebelum ini pula perlu melanggan untuk terus disahkan identiti. Pagi ini pula pengarah produk Twitter Esther Crawford mengumumkan label baharu “Official” pula akan diperkenalkan.

Label ini akan dapat dilihat pada profil dengan ia akan diberikan kepada akaun ahli politik, media, jenama, selebriti, syarikat dan akaun milik kerajaan. Ini menurut beliau akan membezakan akaun-akaun ini daripada akaun pengguna Twitter Blue lain dengan logo calitan akaun disahkan. Tidak semua akaun yang sebelum ini menerima calitan biru akan diberikan label Official selepas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami