Pelanggan Twitter Blue Tidak Perlu Mengesahkan Identiti Untuk Mendapat Logo “Verified”

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas Elon Musk mengumumkan logo calit biru “Verified” akan diberikan kepada semua pelanggan Twitter Blue, ramai menyangka pengesahan identiti akan dilakukan. Ini ialah prosedur yang digunakan sebelum ini untuk setiap akaun yang disahkan. Namun begitu pagi ini Esther Crawford yang merupakan pengarah pengurusan produk Twitter mengatakan ia tidak akan dilakukan.

Logo calit biru ini akan diberikan kepada semua pelanggan yang membayar $8 sebulan. Ini mengesahkan laporan sebelum ini yang mengatakan salinan kad pengenalan tidak perlu diberikan. Dengan jumlah pengguna yang ingin menggunakan Blue meningkat serta jumlah kakitangan telah dikurangkan Twitter tidak mempunyai kapasiti untuk mengesahkan identiti sebenar pengguna dengan pantas.

Isunya di sini ialah pengesahan identiti adalah antara sebab mengapa calit biru pada akaun adalah penting bagi mengelakkan penipuan. Jika semua pengguna boleh mendapatkannya tanpa pengesahan, isu penipuan pastinya akan meningkat selepas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami