Carian
Google Mengaktifkan Antaramuka Baharu GMail Kepada Semua – Tidak Lagi Boleh Kembali Ke Rekaan Lama
November 9, 2022 Aman

Google hari ini mengumumkan mereka akan melakukan peralihan antaramuka dan rekabentuk baharu untuk GMail kepada semua pada bulan ini – sekaligus membuatkan pengguna sedia ada tidak boleh beralih ke antaramuka yang lama.

Sebelum ini, sejak awal 2022 lepas, GMail telah menawarkan antaramuka baharu – tetapi pengguna diberikan peluang untuk beralih kembali ke antaramuka lama. Namun, pilihan tersebut kini ditamatkan, dan semua pengguna akan perlu menggunakan antaramuka baharu.

Antaramuka baharu ini menyertakan kemudahan kustomasi, menambah sebuah bar pada bahagian tepi dalam memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan seperti Google Chat dan Google Meet dengan mudah.

Perubahan baharu ini akan diperkenalkan kepada semua bermula bulan ini.

Komen