Carian
Garmin Instinct Crossover Dilancarkan – Jam Tahan Lasak Dengan Bateri 70 Hari
November 9, 2022 Amy Maizuraa

Garmin telah menambah satu lagi koleksi jam tangan pintar tahan lasaknya menerusi pengenalan Garmin Instinct Crossover. Ia merupakan seutas jam tangan pintar analog hibrid dengan sokongan GPS Multisport. Harga jualan adalah bermula $499.99 (~RM2,359) tanpa skrin solar, kemudian meningkat kepada $549.99 (~RM2,595) dan $599.99 (~RM2,831) untuk variasi solar.

Garmin Instinct Crossover dilengkapi skrin monokrom sebesar 0.9-inci dengan resolusi 176 x 176 piksel. Ia juga melepasi piawaian tahan lasak ketenteraan yang mampu memberikannya ketahanan yang menyeluruh, ini termasuklah tahan panas dan sejuk. Turut disertakan adalah sejumlah sensor kesihatan dan kecergasan terbina, di samping penjejakan aktiviti sukan yang merangkumi larian, berbasikal, berenang, aktiviti lasak diluar, golf dan lain-lain.

Terdapat juga sensor geomagnetik. tekanan, accelerometer, GPS dan cahaya yang disertakan. Ia juga mempunyai ciri kalis air 10ATM dan boleh beroperasi sehingga 28 hari dengan penggunaan biasa untuk Garmin Instinct Crossover variasi standard. Kemudian meningkat sehingga 70 hari untuk variasi solar.

Komen