Acer Aspire 7 Juga Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM3899

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba produktiviti yang lebih mementingkan prestasi berbanding dengan rekaan dan ciri-ciri tambahan, Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka juga mula menawarkan komputer riba Acer Aspire 7 juga sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Acer Aspire 7 hadir dengan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz, dan dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1240P, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe 3.0 sebesar 512GB.

Dari segi grafik, Acer Aspire 7 ini dimuatkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650, yang menjadikan komputer riba ini sebagai sebuah mesin produktiviti dan riadah yang boleh digunakan untuk mengedit video, grafik ataupun memainkan permainan-permainan komputer popular hari ini.

Ia juga tampil dengan sokongan untuk teknologi baru seperti Thunderbolt 4, WiFi 6, Bluetooth 5.0 untuk sambungan peranti dan juga internet yang pantas.

Sama seperti Acer Swift 3 OLED, Acer Malaysia juga telah mula menjual komputer riba Acer Aspire 7 ini di kedai atas talian mereka, Shopee dan Lazada pada harga RM3899.

komen


© Amanz / 2022 Kami