Cari @ Amanz

Di Kedah sudah dimulakan usaha untuk melakukan program menanam padi sebanyak lima kali dalam jangka masa dua tahun. Kekerapan menuai akan meningkat sekaligus menambahkan bekalan beras yang diperlukan negara. Tetapi proses menanam padi adalah memenatkan dan memakan masa yang banyak.

Padi

Oleh itu saintis di China, Amerika Syarikat, dan Australia telah cuba membangunkan baka padi yang hanya perlu ditanam sekali tetapi boleh dituai beberapa sejak 1999. Kerana usaha mereka, baka padi yang boleh dituai sebanyak lapan kali dengan sekali penanaman telah berjaya dihasilkan. Pada adalah baka daripada padi Asia Oryza sativa dan padi Afrika Oryza longistaminata.

Lebih menarik ialah output pengeluaran beras baka ini adalah setanding dengan baka padi tanaman setahun sekali dalam tempoh empat tahun pertama. Maka untuk mengekalkan hasil tuai yang tinggi, padi ini hanya perlu ditanam semula empat tahun sekali.

Ia bukan akan mengurangkan kos baja, benih dan buruh petani tetapi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang digunakan ketika proses penanaman semula padi. Keuntungan petani dijangka meningkat sehingga 161% bergantung kepada keluasan tanah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd