Cari @ Amanz

Infinix hadir dengan sebuah lagi telefon pintar 5G menerusi Infinix Zero 5G 2023. Ia merupakan model kemaskini untuk Infinix Zero 5G sebelum ini dan dilengkapi cip Dimensity 1080 yang merupakan antara pemproses terkini daripada MediaTek dengan binaan 6nm.

Seterusnya, skrin IPS LCD sebesar 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula digunakan. Pilihan memori pula sebesar 8GB RAM yang digabungkan dengan storan dalaman 256GB. Turut disertakan adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula 16MP. Tidak ketinggalan, peranti juga menjalankan pelancar XOS 12 yang dibina berasaskan Android 12.

Infinix Zero 5G 2023 boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti hitam, oren dan putih. Tiada maklumat mengenai harga jualan yang didedahkan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd