Sempena 11.11, Digi Sedia Pas Data 111GB + YouTube Tanpa Had Pada Harga RM9
November 9, 2022
Telekomunikasi
Aman
Setiap bulan, Digi hadir dengan promosi bersempena jualan bulanan tarikh berganda. Untuk bulan November ini, sempena 11.11 yang menjelang tiba, Digi sekali lagi hadir dengan penawaran promosi khusus – memberikan data berjumlah 111GB bersama akses data tanpa had YouTube pada harga hanya RM9.

Pas khusus ini ditawarkan dengan masa penggunaan selama 4 hari. Digi menawarkan pas ini sehingga 14 November 2022 kelak.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi MyDigi, dan memilih “Booster”, dan seterusnya memilih pas “110GB + Unlimited YouTube” yang disenaraikan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.