Vivo OriginOS 3 Berasaskan Android 13 Kini Rasmi Dengan Tumpuan Kepada Kelancaran

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo akhirnya melancarkan pelancar terkini mereka OriginOS 3 yang berasaskan Android 13. Tahun ini tumpuan diberikan kepada kelancaran ketika peranti sedang digunakan. Ciri menambah memori secara maya Memory Fusion kini menyokong sehingga 8GB RAM. Dengan pengawalan memori yang lebih bijak, Vivo berkata OriginOS 3 boleh meletakkan sehingga 34 aplikasi di latar belakang tanpa melakukan proses segar semula.

Tambah menarik sekiranya aplikasi perlu ditutup untuk mengurangkan penggunaan RAM, OriginOS 3 akan menyimpan data terakhir dan membekukannya. Apabila aplikasi dilancarkan semula, ia akan mengembalikan ke data akhir. Ciri ini pastinya menarik pada aplikasi seperti pelayar web. Animasi juga diperbaiki supaya nampak lebih lancar walaupun pada peranti dengan skrin 60Hz.

Bagi golongan gamer pula, aplikasi permua boleh dijalankan dalam tingkap kecil. Penambahbaikan kepada sistem Folder dan widget juga telah diberikan. Ujian Beta untuk OriginOS 3 akan diberikan pada penghujung bulan ini pada peranti-peranti mercu seperti X Fold, X Note dan X80.

komen


© Amanz / 2022 Kami