Seperti yang dijanjikan, Realme 10 4G akhirnya dilancarkan secara rasminya di peringkat global hari ini. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan janaan cip Mediatek Helio G99, di samping turut mengetengahkan beberapa ciri utama lain seperti skrin Super AMOLED 90Hz dan bateri besar 5,000mAh.
Dari segi rekaan, ia menampilkan gabungan tubuh berkotak pada bahagian sisi bersama skrin sejenis rata. Skrin adalah bersaiz 6.4-inci sejenis Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Kapasiti bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W.
Peranti ini turut menggunakan sistem dwi-kamera di belakang dengan konfigurasi 50MP (utama) dan 2MP (B&W). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, menjalankan Realme UI 3.0, sambungan port USB-C dan mempunyai bicu audio 3.5mm.
Realme 10 4G boleh didapati dalam dua pilihan warna yang disediakan seperti Rush Black dan Clash White. Harga jualan pula bermula $229 (~RM1,080) (4GB/64GB), $249 (~RM1174) (4GB/128GB), $269 (~RM1268) (6GB/128GB), $279 (~RM1316) (8GB/128GB) dan $299 (~RM1410) (8GB/256GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.