Dizo Watch D Plus Dilengkapi Dengan Skrin 1.85″ Dan Bateri 2 Minggu

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seutas jam tangan baharu Dizo telah diumumkan hari ini yag dikenali sebagai Dizo Watch D Plus. Ia hadir dengan skrin berwarna sebesar 1.85-inci sejenis sesentuh, beresolusi 240 X 280 piksel dan kecerahan puncak mencapai 500nits. Ia juga menampilkan kerangka aluminium berbentuk segi empat dengan padanan tali jam berasaskan silikon lembut.

Turut disertakan adalah lebih 100 pilihan mod sukan terbina, di samping sebilangan sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan. Ini termasuklah pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, pengsanan pola tidur, kiraan jarak serta kalori dan peringatan minum air.

Lain-lain ciri yang turut dimuatkan adalah merangkumi sokongan kawalan muzik, pemberitahuan panggilan masuk, peringatan mesej pintar, ramaloan cuaca, penggera dan penjejakan kesihatan wanita. Bateri 300mAh juga digunakan dengan ketahanan mencapai 2 minggu untuk penggunaan biasa, di samping turut kalis air 3 ATM.

Untuk harga, Dizo Watch D Plus dijual pada INR1999 (~RM116) seutas dengan beberapa pilihan warna seperti Deep Blue dan Silver Grey.

komen


© Amanz / 2022 Kami