Audio-Technica Melancarkan Fon Kepala Nirwayar Diperbuat Daripada Kayu

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fon kepala moden kebanyakannya diperbuat daripada bahan plastik kerana ia tahan lasak dan ringan. Jadi jarang sekali bahan binaan lain digunakan pada fon kepala modem. Sempena ulang tahun syarikat yang ke-60, Audio-Technica melancarkan fon kepala nirwayar yang diperbuat daripada kayu.

Bahagian cawan fon kepala ATH-WB2022 diperbuat daripada kayu  maple, walnut, dan mahogani. Ia menyokong format LDAC, AAC dan SBC. Turut disertakan ialah DAC ESS ES9038Q2M yang akan memastikan audio dapat didengari pada kualiti yang tinggi. Dua pemandu audio 45mm dari jenis tertutup tetapi seimbang digunakan.

Dengan sekali caj, bateri boleh bertahan sehingga 9 jam. Pengecasan semula mengambil masa 2.5 jam. Apabila kehabisan bateri, sambungan secara berwayar masih boleh dilakukan menerusi kabel 3.5mm. Bahagian pelapik span pula menggunakan bahan Alcantara lembut.

Kerana ia sebuah produk unik, Audio-Technica ATH-WB2022 ditawarkan dalam jumlah terhad pada harga $2700 (~RM12,700) sepasang bermula 2023.

komen


© Amanz / 2022 Kami