Carian
Disney+ Kini Mempunyai 164.2 Juta Pelanggan
November 9, 2022 Effi Saharudin

Laporan kewangan Disney yang terkini telah diumumkan dan pada waktu ini Disney+ mempunyai 164.2 juta pelanggan berbayar di peringkat global. Ini meletakkan mereka di belakang Netflix yang mempunyai 223 juta pelanggan. Sekiranya kesemua perkhidmatan penstriman ESPN+ dan Hulu turut diambil kira, Disney mempunyai 235.7 juta pelanggan.

Disney+

Dengan jumlah pelanggan meningkat, Disney melancarkan perkhidmatan langganan dengan sokongan iklan semalam yang memberikan persaingan kepada perkhidmatan yang sama dari Netflix. Disney+ mempunyai kelebihan kerana yuran langganan perkhidmatan mereka adalah lebih rendah dan katalog kandungan yang ditawarkan turut lebih besar.

Komen