Cari @ Amanz

Pesawang kargo terbesar dunia Antonov An-225 “Mriya” musnah pada Februari lalu selepas lapangan terbang Hostomel dibedil tentera Rusia. Kemusnahan Mriya diratapi peminat dunia aeronautik dunia memandangkan hanya satu sahaja pesawat dengan enam enjin ini dibina.

Antonov telah mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat ini akan dibina semula selepas tamatnya Perang Ukraine. Sebelum ini kos untuk membangunkan semula pesawat diramalkan mencecah $3 bilion. Tetapi selepas bangkai pesawat diperiksa, sehingga 30% komponen boleh digunakan semula mengurangkan kos pembinaan semula menjadi $500 juta.

Besar kemungkinan pesawat ini akan menggunakan sebahagian tubuh An-225 kedua yang tidak pernah disiapkan selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan projek kapal angkasa Buran turut dibatalkan. An-225 dibina khusus untuk membawa Buran di bahagian luar pesawat ke tapak pelancaran Baikonur, Kazakhstan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd